Langkau ke kandungan utama

Catatan

Apa penyebab gemuk padahal makan sedikit?

Kalau kau sekarang berdepan dengan situasi dimana berat badan kau tak turun-turun walaupun kau dah makan sikit, dan kau nak tau apa yang tak kena. Kau kena baca post ni sampai habis. Untuk selesaikan masalah ni, ada beberapa faktor yang kau nak kena periksa supaya kita boleh tahu yang mana satu punca nya dan sekaligus menurunkan berat badan kau. Tanpa buang masa, jom kita tengok apa penyebab kau masih gemuk walaupun kau makan sikit. Kau makan makanan yang tinggi kalori Bukan semua makanan mempunyai jumlah kalori yang sama. Contohnya makanan-makanan seperti kerepek, kekacang, kuih, biskut dan produk bakery mempunyai kalori yang sangat tinggi walaupun di ambil dalam kuantiti yang sedikit. Sebab tu ada orang yang berpendapat “daripada makan kerepek baik makan nasi campur terus”. Kau rasa kau makan sikit pada pandangan kau, padahal kau makan banyak Kalau kau jenis kuat makan dan berbadan besar selama ni, mungkin kau tersilap kira portion makanan yang kau perlu ambil. Orang yang gemuk dan d
Catatan terbaharu

Cara jimat dan simple nak kuruskan badan tanpa produk

   Zaman sekarang ni banyak kita baca di sosial media tentang kesan sampingan produk-produk melangsingkan badan. Tak kurang juga komen-komen yang mengatakan produk-produk kuruskan badan ini tak berkesan.  Sebab itulah dalam post kali ni aku nak share cara paling senang tak payah pening kepala untuk anda semua kuruskan badan tanpa menggunakan produk-produk ni semua. Jimat duit, tak pening kepala dengan program kuruskan badan dan yang paling penting sekali, mudah untuk dilaksanakan.  Sebelum aku cerita tentang kaedah mudah untuk kuruskan tanpa produk ni, jom kita tengok dulu apa kaedah-kaedah nak kuruskan badan yang ada di internet sekarang, dan kenapa kaedah-kaedah ini semua susah untuk dilaksanakan. Diet Keto, Diet Vegan, Diet mediterranean, Mengira kalori dan pelbagai jenis diet lagi. Untuk pengetahuan anda, kesemua jenis diet ini berkesan kalau setakat nak menurukan berat badan. Cuma masalah nya adalah terlampau banyak sangat pantang larang dan benda yang kita perlu buat kalau kita n

Berat masih tak turun walaupun selepas mengamalkan diet atkins

Kalau kita tengok dekat meia sosial sekarang ni ramai orang mengaku yang mereka berjaya kuruskan badan dengan mengamalkan diet atkin. Malah aku yakin mesti ada dikalangan kawan-kawan kau sendiri pun mengaku yang dia berjaya kurus lepas amalkan diet atkin ni. Tapi bila kau yang cuba buat, berat tetap juga tak turun-turun. Mesti kau pelik dah kenapa pula bila kau yang buat semua benda tak menjadi ni? Rileks, benda bukan salah kau. Tapi apa yang membuatkan kau masih tak kurus-kurus ialah jumlah pengambilan kalori. Bukan diet Atkin yang menyebabkan kurus Kalau nak kuruskan badan, jenis diet yang kau amalkan sebenarnya tak penting. Sebaliknya, yang menentukan kau semakin kurus atau gemuk ialah jumlah pengambilan kalori. Kalau kau makan McDonald setiap hari selama 90hari, kau tetap masih boleh jadi kurus sekiranya jumlah kalori yang masuk ke dalam badan setiap lebih rendah dari kalori yang kau gunakan. Cuma kau tak digalakkan makan McD setiap hari atas sebab untuk mengekalkan kesihatan. Apa

Rasa rugi untuk makan dikedai semasa berdiet

 Salah satu mindset yang ada pada orang Malaysia ni bila mereka berdiet ialah mereka akan rasa rugi bila makan di kedai makan. Yela, bayar harga makanan sama tapi dia terpaksa ambil makanan sikit. Kalau ambil banyak risau kelaut pula diet nya. Sebab ini, ramai yang memilih untuk tidak berdiet bila hari mereka terpaksa makan diluar. Contohnya macam waktu mereka tak sempat meal prep atau memasak.  Sebenarnya, ini ialah satu mindset yang tak betul. Ini sebab-sebabnya. 1. Rugi satu hari semata-mata sebab tak sempat masak Kalau kita off diet kita setiap kali kita terpaksa makan dikedai, ini akan melambatkan lagi progress kita dan menyebabkan kita kurus lebih lambat. 2. Proses penurunan berat badan jadi lebih menyusahkan Bila kita tak berdiet setiap kali terpaksa makan dikedai, ini menunjukkan bahawa diet kita tidak fleksibel. Sedikit kesilapan seperti tidak sempat memasak menyebabkan progress diet kita terdunda. Jadi apa mindset yang lebih sesuai untuk orang yang nak berdiet ni? Mindset yan

Kenapa badan tidak susut walaupun berat dah turun

Salah satu sebab kita nak turunkan berat badan ialah kerana kita nak kurangkan saiz badan dan pinggang kita supaya kita dapat kelihatan menarik dan senang nak cari pakaian. Tapi terdapat juga segelintir sari kita yang menghadapi masalah pelik. Iaitu badan kita tidak susut walaupun bila kita timbang berat badan kita menurun. Disini kesilapan kau... Lemak sebenarnya belum hilang Salah satu masalahnya dengan geng-geng nak kurus kan badan ni ialah mereka suka pencapaian jangka pendek. Mereka kawal makan dua-tiga hari, lepas tu mereka timbang tengok berat badan turun 1-2 kg, mereka sangka mereka dah kurus. Sebenarnya, berat badan mereka yang hilang itu berkemungkinan besar hanyalah berat air.  Berat badan kita akan berubah sewaktu kita kurang minum air, baru lepas berak atau baru lepas makan. Kebiasanya, sekiranya kita mengawal permakanan secara konsisten, kita akan dpt melihat penurunan berat badan lebib kurang 3kg sebulan. Jadi sekiranya kau baru berdiet 3 hari, dan kau timbang berat dah

Bagaimana nak berhenti makan benda manis.

Kalau dulu, ramai orang yang salah faham tentang kaborhidrat. Kesemua jenis kaborhidrat di label sebagai jahat sehingga ada yang nekad mengamalkan diet tanpa kaborhidrat termasuk buah-buahan. Tapi kini kita dah semakin berpengetahuan. Kita sedar yang menjadi punca utama kenaikan berat badan dan kemorosotan tahap kesihatan bukan lah kaborhidrat tapi sebalik makanan-makanan yang tinggi gula dan manis seperti pencuci mulut contohnya kek, roti-roti yang manis, dan minunan-minuman yang tinggi gula. Walaubagaimanapun, bukan semua orang mampu berhenti mengambil meninum dan makanan manis begitu sahaja walaupun mereka dah makkum tentang mudaratnya. Jadi dalam tulisan kali ni, aku akan kongsikan teknik macam mana kau boleh menghentikan pengambilan pencuci mulut dan makanan-makanan manis dalam permakanan kau. 1. Ianya ialah habit - cari apa yang trigger keinginan kau untuk makan manisan Seperti juga habit-habit buruk yang lain, menghentikan pengambilan makanan manis perlu dilakukan secara sedikit

Kenapa anda tak kurus walaupun cuma makan 1200 kalori sehari?

Ramai orang dah tau bahawa untuk menurunkan berat badan, kalori yang kita makan mestilah lebih sikit dari kalori yang kita keluarkan. Kebanyakan orang menggunakan lebih kurang 1800 ke 2000 kalori sehari, manakala bagi orang yang aktif seperti pekerja buruh dan penggemar gym, mereka menggunakan lebih kurang 3000 ke 4000 kalori sehari. Maka, ramai orang cuba untuk kuruskan badan dengan mengira kalori harian yang mereka ambil, dan mereka cuma ambil 1200 kalori sahaja untuk setiap hari. Tapi mereka tetap tak kurus juga. Kenapa? Ini boleh berlaku, antara sebabnya ialah 1. Kiraan mereka salah Ramai yang tak suka dengar bila di beritahu yang mereka salah, tapi itu lah hakikatnya. Ramai yang tak tahu yang segala macam apps, dan pengiraan yang mereka guna untuk mengira kalori bukan lah 100% tepat. Tambahan lagi, kebanyakan orang lebih cenderung untuk undervalue jumlah kalori yang mereka anggarkan. Contohnya, bila mereka makan 2 senduk nasi, kuantiti 2 senduk nasi yang mereka ceduk mungkin tak s