Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2016

Idea hidangan harian

Kalau diperhatikan, kebanyakan idea hidangan yang ada dalam post ni menggunakan nasi dan roti. Ini adalah sebab nasi dan roti murah dan mengenyangkan.
Kalau berkemampuan dari segi kewangan atau waktu pasaraya buat promosi, kau boleh tukar beras biasa dengan beras perang berserat tinggi sebab beras jenis kurang kanji dan tinggi serat baik untuk kesihatan.
Ingat, orang yang sihat ialah orang yang kacak/jelita.
Sarapan


Roti dua keping + peanut butter Kopi O / Teh O / Susu
Sandwich telur Kopi O / Teh O / Susu
Roti canai Kopi O / Teh O / Susu
Makan tengah hari / malam
Nasi 2 senduk + Sayur 2 senduk + Ikan / Ayam / Telur Epal / Lai / Oren / Pisang Sebiji Air suam / Teh O
Nasi 2 senduk + Sayur 2 senduk + Daging / Sotong / Udang 1 senduk Betik / Tembikai / Nenas sepotong Air suam / Teh O
Mee goreng / Bihun goreng / Kuew tiaw 1 cawan (kecil) + Telur mata + Timun separuh batang (di hiris) Buah-buahan Teh O / Air suam
1 Set chicken chop Buah-buahan Teh Hijau
Burger daging / Benjo (extra sayur…

Ini sebab sebenar berat badan kau tak turun-turun

Dalam post kali ini aku nak bercakap berkenaan habit. Tak kira apa jenis diet pun kau ikut dan apa jenis senaman pun yang kau buat, kau tak akan berjaya kalau kau tak konsisten dan berterusan.
Untuk berjaya dalam fitness kau perlu konsisten dalam jangka masa yang panjang, dan untuk jadi konsisten, kau perlu menjadikan senaman dan permakanan sihat sebagai habit baru kau.
Benda ni boleh digunakan untuk pacu kejayaan kau
Pernah tak benda yang hampir sama seperti ini berlaku kat kau?
Setiap hari bila tamat waktu kerja, kau akan thumb print, start engine motor, balik rumah, sampai rumah buka baju kemudian bersandar di sofa selama 15 minit. Setiap hari kehidupan kau macam ni dari isnin sampai sabtu.
Satu hari kau rancang nak goreng telur bila sampai rumah. Tapi lepas sampai je di rumah, kau buka baju dan bersandar di sofa. Kau pun tepuk dahi “Laa, malas betul nak goreng telur”
Ini adalah disebabkan oleh habit kau lepas sampai rumah terus bersandar dulu. Bila sesuatu perbuatan yang sama itu …

Makan macam ni kalau nak kurus tanpa bersenam

Dalam post kali ni aku nak kongsi dengan kau benda yang paling penting kalau nak kuruskan badan. Lebih penting dari bersenam, iaitu makanan.
Kau boleh kurus tanpa bersenam dengan hanya mengawal permakanan sahaja. Yang penting “tenaga” yang kau makan lebih sedikit berbanding “tenaga” yang kau keluarkan. Doktor, ahli sukan dan pakar panggil “tenaga” ni sebagai kalori.

Macam mana makan tanpa bersenam boleh menurunkan berat badan Sesetengah pakar mengalakkan kita untuk mengira setiap kalori yang keluar masuk.
Dalam kata lain, kau kena kira kalori yang kau guna dalam masa 24jam. (Belajar cara kira penggunaan kalori kat sini) Kemudian kau kena kira kalori dalam setiap makanan yang kau nak makan.
Dan pastikan jumlah kalori yang kau nak makan tak melebihi kalori yang kau gunakan setiap hari.
Selain itu, ada juga pakar yang kata tak perlu kira kalori atau kurangkan makan. Sebaliknya hanya perlu kurangkan pengambilan karbohidrat dalam menu harian. Hanya makan binatang dan sayur. Diet jenis in…