Skip to main content

Ini sebab sebenar berat badan kau tak turun-turun

Dalam post kali ini aku nak bercakap berkenaan habit. Tak kira apa jenis diet pun kau ikut dan apa jenis senaman pun yang kau buat, kau tak akan berjaya kalau kau tak konsisten dan berterusan.

Untuk berjaya dalam fitness kau perlu konsisten dalam jangka masa yang panjang, dan untuk jadi konsisten, kau perlu menjadikan senaman dan permakanan sihat sebagai habit baru kau.

Benda ni boleh digunakan untuk pacu kejayaan kau

Pernah tak benda yang hampir sama seperti ini berlaku kat kau?

Setiap hari bila tamat waktu kerja, kau akan thumb print, start engine motor, balik rumah, sampai rumah buka baju kemudian bersandar di sofa selama 15 minit. Setiap hari kehidupan kau macam ni dari isnin sampai sabtu.

Satu hari kau rancang nak goreng telur bila sampai rumah. Tapi lepas sampai je di rumah, kau buka baju dan bersandar di sofa. Kau pun tepuk dahi “Laa, malas betul nak goreng telur”

Ini adalah disebabkan oleh habit kau lepas sampai rumah terus bersandar dulu. Bila sesuatu perbuatan yang sama itu di ulang setiap hari ia akan mula bertukar menjadi habit dan kau akan buat benda tu secara automatik tanpa berfikir.

Habit pula adalah sesuatu yang sangat susah untuk ditukar

Rupanya-rupanya habit buruk dan baik tak ada beza

Pekara yang sama boleh berlaku pada cara kau makan dan bersenam. Kalau setiap malam kau makan ais krim selepas makan nasi, kau akan rasa susah untuk makan nasi tanpa pencuci mulut sebab kau dah jadikan ais krim atau pencuci mulut itu sebagai satu habit.

Macam tu juga kalau kau jadikan senaman sebagai satu habit. Contohnya, setiap hari pada pukul 6.00 petang kau akan berada di gym, kau akan dapati sangat susah untuk kau duduk rumah pada pukul 6.00 petang sebab kau dah jadikan berada di gym pada pukul 6 sebagai habit.

Bukan itu je, kau juga akan rasa susah untuk berada di gym pada waktu lain selain 6 petang sebab otak dan badan kau dah automatik set pukul 6 petang = gym. Walaupun jenis senaman yang kau buat di gym tu sama sahaja tak kira pukul berapa kau pergi.

Baca ni kalau kau nak cipta habit baru yang sihat

Kuasa habit boleh digunakan untuk makan secara sihat, bangun awal setiap pagi, bersenaman secara konsisten, menguruskan masa dengan lebih efektif malah kau juga boleh gunakan kuasa habit untuk pastikan kau solat 5 waktu tepat pada waktunya.

Dalam kata lain, kau boleh gunakan kuasa habit untuk menjadi diri kau yang lebih baik.

Cara ni boleh bantu kau cipta habit baru

Banyak method yang kau boleh guna untuk cipta habit baru. Antaranya termasuklah;

  1. Kaedah Rangkaian X
  2. Kaedah Cabaran 30 hari
  3. Kaedah Tanpa-Hari-Sifar
  4. Kaedah kemenangan kecil

Jemput pilih.

Sebenarnya tak semua orang sesuai menggunakan semua method. Maksudnya, kalau Method Kesan X sesuai dan berjaya untuk Ali, method yang sama mungkin tak sesuai dan tak berkesan bagi Abu dan Aminah. Kerana setiap individu itu unik dan berbeza.

Macam tu juga dengan habit. Contohnya, Method Hari Kosong mungkin sesuai untuk mencipta habit minum air 1 liter sehari. Tapi bila Ali gunakan method yang sama untuk cipta habit bersenam 30 minit sehari, Ali dapati iainya kurang efektif.

Kaedah Rantai X
kaedah rantai X sangat sesuai untuk membina habit-habit mudah seperti minum air 3 liter sehari atau kemas katil setiap bangun pagi.

Untuk menggunakan kaedah ini. Kau akan perlukan sekeping kad atau kalender macam dalam gambar kat bawah.

http://imgur.com/gallery/tnZTp

Setiap kad untuk satu habit. Aku tak galakkan kau untuk serang 5 ke 6 habit serentak. Pada aku lebih berkesan kalau kau mulakan 1 atau 2 habit baru je. Contohnya, minum air 3 liter sehari.

Setiap hari kau berjaya, kau kena pangkah pada hari tersebut. Kalau gagal, tandakan bulat contoh macam gambar kat bawah.

Matlamat kau adalah untuk menjadikan tanda X bersambung bagaikan rantai

Kaedah cabaran 30 hari
Kaedah cabaran 30 hari ialah satu kaedah yang berbentuk cabaran untuk membina habit secara sedikit demi sedikit.

Contohnya kalau kau sasarkan untuk minum air 3 liter sehari. Kau boleh mulakan dengan minum segelas air pada hari pertama, 2 gelas pada hari keduanya dan tingkat kan pengambilan air sampai la kau minum air sebanyak 3 liter setiap hari apabila kau sampai pada hari ke 28, 29 dan ke 30 cabaran.

Kaedah Tanpa Hari Sifar
Method ini sesuai untuk memcipta habit yang lebih umum dan tidak spesifik. Contohnya kau nak bina habit bersenam setiap hari, dengan kaedah tanpa-hari-sifar kau mesti pastikan diri kau tetap bersenam walaupun hanya dengan melakukan 1 push up.

Walaupun satu push up nampak macam tak payah bersenam pun takpe, tapi dengan melakukan 1 push up, kau tetap dikira telah melakukan lebih dari sifar senaman. Inilah konsep tanpa hari sifar.

Kaedah ini sangat sesuai bagi orang yang selalu gagal untuk bina habit serta orang-orang yang waktu kerja dan kehidupan tidak menentu.

Kaedah Kemenangan Kecil
“Kemenangan kecil” seperti berjaya mengemas katil selepas bangun tidur, berjaya basuh pinggan atau pun berjaya menggosok baju akan memberikan kau momentum untuk buat lebih banyak pekara-pekara yang akan meningkatkan diri kau.

Untuk mempraktikkan kaedah ini, kau mesti buat benda-benda yang nampak kecil tapi boleh memberikan kepuasan pada diri seseorang bila dia berjaya melakukannya. Contoh macam;

  • Kemas bilik
  • Basuh pinggan
  • Basuh baju
  • Mop lantai
  • Masak makanan berkhasiat

Tujuannya supaya kau dapat rasakan “kemenangan kecil” dan kepuasan lepas selesai buat semua benda ni. Kemudian perasaan puas itu akan menjadi satu momentum untuk kau buat lebih banyak benda-benda berfaedah seperti besenam dan mengawal permakanan.

Comments

Popular posts from this blog

Makan macam ni kalau nak kurus tanpa bersenam

Dalam post kali ni aku nak kongsi dengan kau benda yang paling penting kalau nak kuruskan badan. Lebih penting dari bersenam, iaitu makanan.
Kau boleh kurus tanpa bersenam dengan hanya mengawal permakanan sahaja. Yang penting “tenaga” yang kau makan lebih sedikit berbanding “tenaga” yang kau keluarkan. Doktor, ahli sukan dan pakar panggil “tenaga” ni sebagai kalori.

Macam mana makan tanpa bersenam boleh menurunkan berat badan Sesetengah pakar mengalakkan kita untuk mengira setiap kalori yang keluar masuk.
Dalam kata lain, kau kena kira kalori yang kau guna dalam masa 24jam. (Belajar cara kira penggunaan kalori kat sini) Kemudian kau kena kira kalori dalam setiap makanan yang kau nak makan.
Dan pastikan jumlah kalori yang kau nak makan tak melebihi kalori yang kau gunakan setiap hari.
Selain itu, ada juga pakar yang kata tak perlu kira kalori atau kurangkan makan. Sebaliknya hanya perlu kurangkan pengambilan karbohidrat dalam menu harian. Hanya makan binatang dan sayur. Diet jenis in…

Cara nak jadi sado dengan cepat dan mudah

Dalam post kali ini aku nak kongsi tentang cara nak jadi sado. Aku berani jamin ramai yang susah nak percaya bahawa nak perbesar otot ni sebenarnya tak susah. Yang susah sebenarnya ialah nak pastikan diri kita kekal konsisten dan berdisiplin dalam masa 3 bulan.

80% kejayaan kau bergantung kepada permakanan Ramai yang fail kat bahagian ni. Mengawal permakanan lebih susah daripada pergi gym atau padang dan bersenam.
Mengawal permakanan sangat penting tak kira samada kau cuma nak turunkan berat badan, nak jadi sado atau nak jaga kesihatan kau. Sebab tu lah kau kena lebih fokus pada bahagian permakanan berbanding senaman.
So, makan apa kali ni? Kalau kau setakat nak kuruskan badan. Cara permakanan macam yang kat sini dah cukup untuk membantu kau mengurangkan berat secara teratur. Tapi kali ni kita nak bincang pasal cara nak jadi sado, bukan nak kuruskan badan.
Untuk membina otot, kita perlukan protein. Antara sumber protein yang terbaik dan sedap ialah dada ayam, telur ayam, daging, ikan d…