Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2017

Tiada motivasi untuk turunkan berat badan? Baca ni

Bila kita bercakap tentang diet, kita tak dapat lari dari bercakap tentang motivasi untuk turunkan berat badan. Ramai orang ambil keputusan untuk ubah kehidupan mereka bila mereka rasa motivated, kemudian gagal atau berhenti macam tu je. 

Bak kata pepatah, hangat-hangat tahi ayam. Kenapa benda ni berlaku?
Kau nak tau tak yang sebenarnya motivasi tak penting untuk turunkan berat badan.
Kenapa motivasi tak banyak membantu?
1 - Orang yang rasa bermotivasi tak akan kekal dalam keadaan macam tu selama 3 bulan. Untuk nampak hasil daripada diet dan senaman kau, kau perlu konsisten selama sekurang-kurangnya 3 bulan. Manakala motivasi untuk turunkan berat badan biasanya cuma bertahan selama 1 hari.
2 - Satu lagi masalahnya ialah kau tak mungkin akan rasa motivated setiap hari, dalam kehidupan kita ni pasti akan ada hari yang kita “down”.
Mungkin hari ini kau “down” sebab hal kat tempat kerja, mungkin sebab kau masak menu diet kau tak menjadi, mungkin sebab kereta rosak dan memerlukan kau unt…