Langkau ke kandungan utama

Cara untuk makan secara sihat tanpa memasak setiap hari


Percayalah, antara skill paling penting kau kena ada kalau nak jadi sado secara semula jadi dan sihat ialah memasak. Makanan yang dijual kat kedai biasanya memang tak berapa sesuai untuk orang yang nak kuruskan badan atau nak sadokan badan.

Tapi masalahnya dengan memasak ni, hampir semua orang boleh memasak sikit-sikit. Tapi tak semua orang ada masa nak memasak. Tambah lagi zaman sekarang ni, kerja 8jam, rehat makan 1 jam, perjalanan pergi dan balik kerja 1 jam dan tidur 8jam.

Kau habiskan 18 jam sehari untuk kerja dan tidur sahaja. Macam mana nak masak?

Kepada bakal abang-abang sado dan akak-akak slim diluar sana, jangan risau. Ini caranya

1 hari memasak mingguan
Antara cara paling mudah untuk memastikan kita stay on diet tanpa terbabas ialah dengan melakukan penyediaan makanan untuk bekalan selama 1 minggu. (atau 3 hari)

Cara ini telah diguna pakai oleh penggemar-penggemar gym di seluruh dunia untuk memastikan mereka mendapat jumlah protein, lemak, nutrisi dan kalori yang cukup. Tak lebih dan tak kurang.

Apa yang kau perlukan untuk guna kaedah ni:
  1. Microwave
  2. Peti ais
  3. Bekas makanan tahan microwave untuk meal prep
  4. Bahan dan peralatan memasak
Caranya biasa sahaja. Kau rancang kuantiti makanan (atau kalori) yang kau nak makan untuk seminggu atau 3 hari, kemudian kau sediakan makanan tersebut.

Makanan-makanan tu semua kemudiannya akan diletak kedalam bekas makanan tahan mictowave, lepas tu disimpan ke dalam peti ais.

Bila kau nak makan atau nak bawa bekal ke tempat kerja. Panaskan sahaja makanan dalam bekas tu guna microwave sebelum makan.
 
Contoh penyediaan makanan. Sumber gambar : Buzzfeed

Kelebihan kaedah ini
  1. Kurang basuh kuali dan periuk
  2. Jimat masa memasak
  3. Senang nak kira dan kawal kalori bila kau nak laksanakan teknik 1200
  4. Dijamin diet tak tersasar sebab tak sempat nak masak dan yang ada cuma KFC je
  5. Kau boleh kawal bahan-bahan dan kuantiti bahan yang ada dalam makanan kau

Kalau di negara-negara barat, mereka biasanya akan buat meal prep ni untuk stok makan seminggu. Tapi bagi yang kurang pengalaman boleh la mula meal prep untuk makan 2 ke 3 hari sahaja dulu.

Tapi aku tak suka makan lauk yang sama setiap hari
Aku faham ada antara yang baca ni memang tak suka makan lauk yang sama tetiap pagi. Penyelesaiannya mudah sahaja, kau masak lah lauk yang berlainan untuk setiap hari.

Meal prep bukan bermaksud kau kena makan lauk yang sama setiap hari. Meal prep bermaksud kau sediakan makanan yang dah dimasak untuk seminggu. Kalau kau nak makan lauk lain-lain setiap hari, kau masaklah lauk pelbagai.

Contoh, kau masak lauk ayam goreng, sotong goreng dan ikan pari. Ayam makan hari isnin, hari selasa makan sotong goreng dan rabu makan ikan pari.

Cuma dinegara-negara barat mereka suka makan benda yang sama selama seminggu sebab lauk yang sama mudah untuk di “meal-prep” kan untuk bekalan seminggu. Sebab tu kalau kau tengok gambar-gambar meal prep mereka, makanan untuk seminggu semua sama sahaja.

100% yakin ini bukan cara meal prep yang betul

Ambil Tindakan!
Apa yang kau boleh buat sekarang ialah cuba sendiri idea ni untuk 2 hari.

Ambil pen dan kertas (Jangan tulis pakai nota digital sebaliknya gunakan pen dan kertas) dan tuliskan apa yang kau nak makan untuk sarapan, makan tengah hari, makan petang, makan malam dan snack bagi hari esok dan lusa.

Pastikan menu yang kau nak makan simple dan mudah untuk disediakan. (sebab kita nak cuba je dulu)

Contoh:

Hari Esok
Sarapan : Roti 2 keping dengan telur hancur
Makan tengah hari : Nasi semangkuk + ayam goreng + Timun dan sambal
Makan petang : Maruku semangkuk + Kopi O
Makan Malam : Nasi + Telur Masak kicap
Snack : Chipmore 3 keping + Teh O

Hari Lusa
Sarapan : Roti coklat + Kopi O
Makan tengah hari : Nasi semangkuk + Telur goreng + Timun dan sambal
Makan petang : Kacang + Kopi O
Makan malam : Roti canai
Snack : Chipmore 3 keping + Teh O

* Kalau nak lebih mudah lagi proses meal prep ni, kau makan je menu yang sama untuk 2 hari. Lagi mudah nak sediakan.

Lepas kau dah tulis menu yang kau nak makan. Boleh la mula keluar bershopping untuk sediakan bahan-bahan yang kau perlukan. Balik dari shopping terus masak dan makan makanan seperti yang telah kau rancang untuk tempoh dua hari ni. Jangan makan benda lain.

Dengan kaedah ini kau boleh rancang menu sihat dan makan secara sihat tanpa perlu masak hari-hari. Cuma masak seminggu sekali sahaja (atau 3 hari sekali)

** Apa pun pastikan dulu kau ada peralatan-peralatan yang diperlukan seperti microwave dan bekas tahan microwave sebelum shopping untuk meal prep.

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kenapa inch loss tapi berat tak turun

Dalam post kali ini aku akan membincangkan satu isu dalam dunia diet yang sebenarnya bukan satu masalah pun, tapi ramai ingin tahu. Iaitu kenapa badan makin kurus tapi berat tak turun. Kenapa pekara ini berlaku? adakah ini petanda yang badan kau kurus sebab kau sakit?  Jawapannya TIDAK , malah sebenarnya ini ialah petanda yang baik bagi mereka yang sedang menurunkan berat badan.  Ini kerana sekiranya badan kau semakin kurus, kau ada inch loss tapi berat badan tak turun, itu menunjukkan yang kau telah berjaya mengurangkan lemak dalam badan dan menambah otot sepanjang tempoh kau berdiet. Berat kau tidak turun walaupun lemak telah hilang kerana saiz, kuantiti dan berat otot pada badan kau bertambah. Contohnya kau kehilangan 5kg lemak dalam masa tiga bulan tapi dalam masa yang sama kau berjaya membina 5kg otot juga, sudah tentu la berat badan kau tak berubah tapi badan jadi kurus. Situasi seperti ini biasanya boleh berlaku sekiranya sebelum kau berdiet ni kau memang tak pernah atau sangat

Cara turunkan berat badan dalam seminggu

Aku kongsi teknik ni selepas aku mendapati ramai orang yang nak kurus dalam masa yang cepat. Walaubagaimanapun, aku sebenarnya lebih setuju kalau kau kurus secara perlahan-lahan sebab orang yang kurus secara perlahan-lahan biasanya berat badan lebih mudah untuk di maintain dan badan akan nampak lebih cantik. So, kepada yang masih nak juga kurus dengan cepat, teruskan membaca teknik ni. Kepada yang nak kurus secara perlahan tapi lebih sihat dan badan nampak lebih cantik, baca post sebelum ni. Cara turunkan berat badan dalam seminggu dengan 1200 kalori Dalam post kali ni aku akan kongsi Kenapa 1200 kalori Cara nak kira kalori secara mudah Makanan alternatif yang rendah kalori Contoh menu 1200 untuk sehari Pro dan Con teknik 1200 dan waktu paling sesuai untuk guna teknik ni Kepada yang tak tahu, kalori ialah tenaga yang terdapat dalam makanan. Setiap makanan berbeza kalorinya. Manusia menggunakan kalori 24jam sehari walaupun waktu tidur. Kebi

Masa plateau berapa lama dan bagaimana cara mudah mengatasinya

Jadi kau mengambil keputusan untuk menurunkan berat badan. Kau pun berdiet dan kau dapati berat badan kau semakin hari semakin turun, baju mula longgar, orang mula puji.  Namun, selepas 6 bulan kau dapati berat badan kau tidak lagi menurun. Padahal kau belum lagi mencapai berat sasaran kau. Kau cuba buat cheat day untuk tergezutkan badan kau supaya kembali ke mode menurunkan berat badan, tapi tak berjaya. Kau cuba pula bersabar, tapi berat badan kau kekal statik tak berubah. Alamak, apa yang berlaku ini? Kau telah menghadapi masalah berat badan plateau dan tak turun-turun. Kenapa harus plateau ini terjadi? Plateau boleh terjadi sebab kadar metabolisma kau menurun apabila kau semakin kurus.  Sebagai contoh, pada peringkat awal, berat kau 90kg dan kadar metablisma kau membolehkan kau membakar 2000 kalori sehari. Kau pun makan 1700 kalori sehari untuk kau kuruskan badan. Disebabkan kalori yang kau makan sehari (1700kalori) lebih rendah daripada kalori yang badan kau guna (2000 kalori), ma