Langkau ke kandungan utama

Disclaimer / Penafian

Semua data dan maklumat yang terdapat dalam blog ini adalah untuk tujuan hiburan semata-mata. Pihak penulis TIDAK menjamin bahawa maklumat yang ada di dalam blog ini adalah tepat, lengkap, terbaru, boleh dipercayai ataupun sah.

Pihak penulis juga tidak akan bertanggunjawab sekiranya sebarang maklumat yang ada di dalam blog ini tidak tepat atau ketinggalan.

Pihak penulis juga tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan, kecederaan atau kerosakan yang timbul akibat daripada menggunakan maklumat yang terdapat di dalam blog ini.

Maklumat yang ada di dalam blog ini diberikan secara sedia-ada. (All information is provided on an as-is basis.)

Saya bukan seorang doktor, pakar permakanan atau pakar kesihatan. Tujuan blog ini ditulis adalah untuk saya berkongsi berkenaan makanan dan senaman semata-mata, bukan sebagai rujukan atau nasihat. Sila rujuk dengan mereka yang pakar untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan kesihatan anda.

Catatan popular daripada blog ini

Makan macam ni kalau nak kurus tanpa bersenam

Dalam post kali ni aku nak kongsi dengan kau benda yang paling penting kalau nak kuruskan badan. Lebih penting dari bersenam, iaitu makanan.
Kau boleh kurus tanpa bersenam dengan hanya mengawal permakanan sahaja. Yang penting “tenaga” yang kau makan lebih sedikit berbanding “tenaga” yang kau keluarkan. Doktor, ahli sukan dan pakar panggil “tenaga” ni sebagai kalori.

Macam mana makan tanpa bersenam boleh menurunkan berat badan Sesetengah pakar mengalakkan kita untuk mengira setiap kalori yang keluar masuk.
Dalam kata lain, kau kena kira kalori yang kau guna dalam masa 24jam. (Belajar cara kira penggunaan kalori kat sini) Kemudian kau kena kira kalori dalam setiap makanan yang kau nak makan.
Dan pastikan jumlah kalori yang kau nak makan tak melebihi kalori yang kau gunakan setiap hari.
Selain itu, ada juga pakar yang kata tak perlu kira kalori atau kurangkan makan. Sebaliknya hanya perlu kurangkan pengambilan karbohidrat dalam menu harian. Hanya makan binatang dan sayur. Diet jenis in…

Cara nak jadi sado dengan cepat dan mudah

Dalam post kali ini aku nak kongsi tentang cara nak jadi sado. Aku berani jamin ramai yang susah nak percaya bahawa nak perbesar otot ni sebenarnya tak susah. Yang susah sebenarnya ialah nak pastikan diri kita kekal konsisten dan berdisiplin dalam masa 3 bulan.

80% kejayaan kau bergantung kepada permakanan Ramai yang fail kat bahagian ni. Mengawal permakanan lebih susah daripada pergi gym atau padang dan bersenam.
Mengawal permakanan sangat penting tak kira samada kau cuma nak turunkan berat badan, nak jadi sado atau nak jaga kesihatan kau. Sebab tu lah kau kena lebih fokus pada bahagian permakanan berbanding senaman.
So, makan apa kali ni? Kalau kau setakat nak kuruskan badan. Cara permakanan macam yang kat sini dah cukup untuk membantu kau mengurangkan berat secara teratur. Tapi kali ni kita nak bincang pasal cara nak jadi sado, bukan nak kuruskan badan.
Untuk membina otot, kita perlukan protein. Antara sumber protein yang terbaik dan sedap ialah dada ayam, telur ayam, daging, ikan d…

Ini sebab sebenar berat badan kau tak turun-turun

Dalam post kali ini aku nak bercakap berkenaan habit. Tak kira apa jenis diet pun kau ikut dan apa jenis senaman pun yang kau buat, kau tak akan berjaya kalau kau tak konsisten dan berterusan.
Untuk berjaya dalam fitness kau perlu konsisten dalam jangka masa yang panjang, dan untuk jadi konsisten, kau perlu menjadikan senaman dan permakanan sihat sebagai habit baru kau.
Benda ni boleh digunakan untuk pacu kejayaan kau
Pernah tak benda yang hampir sama seperti ini berlaku kat kau?
Setiap hari bila tamat waktu kerja, kau akan thumb print, start engine motor, balik rumah, sampai rumah buka baju kemudian bersandar di sofa selama 15 minit. Setiap hari kehidupan kau macam ni dari isnin sampai sabtu.
Satu hari kau rancang nak goreng telur bila sampai rumah. Tapi lepas sampai je di rumah, kau buka baju dan bersandar di sofa. Kau pun tepuk dahi “Laa, malas betul nak goreng telur”
Ini adalah disebabkan oleh habit kau lepas sampai rumah terus bersandar dulu. Bila sesuatu perbuatan yang sama itu …