Skip to main content

Makan macam ni kalau nak kurus tanpa bersenam

Dalam post kali ni aku nak kongsi dengan kau benda yang paling penting kalau nak kuruskan badan. Lebih penting dari bersenam, iaitu makanan.

Kau boleh kurus tanpa bersenam dengan hanya mengawal permakanan sahaja. Yang penting “tenaga” yang kau makan lebih sedikit berbanding “tenaga” yang kau keluarkan. Doktor, ahli sukan dan pakar panggil “tenaga” ni sebagai kalori.

Makanan proses dimestikan untuk menulis label makanan.
Baca lah label untuk mengetahui jumlah kalori.

Macam mana makan tanpa bersenam boleh menurunkan berat badan
Sesetengah pakar mengalakkan kita untuk mengira setiap kalori yang keluar masuk.

Dalam kata lain, kau kena kira kalori yang kau guna dalam masa 24jam. (Belajar cara kira penggunaan kalori kat sini) Kemudian kau kena kira kalori dalam setiap makanan yang kau nak makan.

Dan pastikan jumlah kalori yang kau nak makan tak melebihi kalori yang kau gunakan setiap hari.

Selain itu, ada juga pakar yang kata tak perlu kira kalori atau kurangkan makan. Sebaliknya hanya perlu kurangkan pengambilan karbohidrat dalam menu harian. Hanya makan binatang dan sayur. Diet jenis ini dipanggil ketogenic diet atau Atkin diet.

- Contoh karbohidrat : nasi, bijirin, roti, mee, mee hoon, kuew tiaw, tepung, gula, biskut

Kenapa kau tak kurus : Leceh gila nak kira setiap kalori yang kita nak makan. Kau kena sukat dan timbang segalanya termasuk minyak masak, bawang dan gula yang kau nak guna dalam masakan untuk dapatkan kiraan kalori yang tepat.

Kita orang Malaysia tak ada masa untuk semua ni. Kita sibuk buat duit dan melepak dengan keluarga serta member-member.

Lagi satu sebab kau tetap gemuk : Binatang seperti lembu, kerbau, ayam dan ikan sangat lah mahal dibandingkan dengan pendapatan majoriti Malaysian. Diet anti-karbohidrat macam ni terlampau berkesan bukan setakat perut kau je, dompet kau pun kempis sekali.

Buat 1 pekara ni kalau kau nak fit : Jangan makan macam babi

Kalau kau ada masa nak kira kalori, kira la. Kalau kau ada duit nak makan cara keto/atkin, sila kan.

Bagi aku, aku menggalakkan cara makan yang beragak dan sepatutnya. Ramai orang fikir cara mereka makan normal, padahal sebenarnya tak. Sebab tu ramai orang Malaysia menjadi semakin gemuk apabila usia meningkat manakala orang-orang barat pula semakin tua semakin menjadi.


kacak do. Patut la ramai gadis-gadis
Malaysia tergadai ke pendatang.

Sebenarnya, kalau kita makan secara normal dan beragak, kita susah nak gemuk. Orang gemuk pula kalau makan secara normal, akan kurus secara semulajadi. Untuk memahami apa yang aku cuba sampaikan, kau tengok gambar dibawah.

Dalam gambar di atas kau boleh nampak beza makanan
yang selalu Malaysian makan (Bawah) berbanding
makanan normal yang sepatutnya kita makan (Atas).


Ramai Malaysian beranggapan bahawa permakanan secara tidak sihat seperti dalam gambar sebelah kiri itu adalah normal. Sebabnya kebanyakan kedai makan memang akan hidang makanan dalam kuantiti yang macam tu.

Sekarang kita lihat pula satu lagi contoh, iaitu sarapan pagi



Kau nampak tak bezanya?

Selain makanan, satu lagi penyebab kegemukan di Malaysia ialah kebanyakan Malaysia suka minum kalori.

Minuman seperti kopi, teh, milo mamak, air botol dan tin sangat tinggi kandungan gula dan kalori.

Sebab tu ada sesetengah jurulatih dan doktor sebelum mereka suruh client mereka kurangkan makan, mereka akan suruh client mereka kurangkan minuman manis dulu. Kalau lepas berhenti minum minuman manis client mereka masih gemuk, baru mereka suruh kurangkan makan.

Ramai orang yang berjaya kurus hanya dengan berhenti minum benda-benda manis. Ini menunjukkan minuman manis boleh menggemukkan orang yang tak kuat makan.


Menu untuk turunkan berat badan
Kalau nak kurus, makan lah secara normal dan beragak, minum secara sihat. Kalau tak tau macam mana nak mula. Boleh cuba idea menu aku buat ni.

Sarapan Pagi
Sebiji epal
Roti bakar 2 keping + Sapu peanut butter
Kopi O secawan satu sudu gula (atau) Teh O secawan satu sudu gula

Makan Tengah Hari
Nasi 2 senduk
Ayam satu ketul (atau) daging 1 setengah senduk (atau) ikan sederhana 1 ekor
Sayur 1 setengah senduk
Air suam (atau) Teh O secawan satu sudu gula

Minum Petang
Biskut 6 ketul/keping (atau) kuih 3 ketul
Teh O secawan satu sudu gula (atau) Kopi O secawan satu sudu gula

Makan Malam
Sama macam makan tengah hari

Senang tak nak ikut menu tu? Kalau senang kau boleh baca “IdeaHidangan Harian” kat sini. Dalam post ni ada menu yang kau boleh tiru bulat-bulat.

Comments

  1. Confirm berkesan ke? Boleh jadi kurus ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba dulu. Orang yang tak pernah mula tak akan berjaya. Yang penting konsisten. Boleh baca kat sini http://bit.ly/2isbOMr pasal habit.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Cara nak jadi sado dengan cepat dan mudah

Dalam post kali ini aku nak kongsi tentang cara nak jadi sado. Aku berani jamin ramai yang susah nak percaya bahawa nak perbesar otot ni sebenarnya tak susah. Yang susah sebenarnya ialah nak pastikan diri kita kekal konsisten dan berdisiplin dalam masa 3 bulan.

80% kejayaan kau bergantung kepada permakanan Ramai yang fail kat bahagian ni. Mengawal permakanan lebih susah daripada pergi gym atau padang dan bersenam.
Mengawal permakanan sangat penting tak kira samada kau cuma nak turunkan berat badan, nak jadi sado atau nak jaga kesihatan kau. Sebab tu lah kau kena lebih fokus pada bahagian permakanan berbanding senaman.
So, makan apa kali ni? Kalau kau setakat nak kuruskan badan. Cara permakanan macam yang kat sini dah cukup untuk membantu kau mengurangkan berat secara teratur. Tapi kali ni kita nak bincang pasal cara nak jadi sado, bukan nak kuruskan badan.
Untuk membina otot, kita perlukan protein. Antara sumber protein yang terbaik dan sedap ialah dada ayam, telur ayam, daging, ikan d…

Ini sebab sebenar berat badan kau tak turun-turun

Dalam post kali ini aku nak bercakap berkenaan habit. Tak kira apa jenis diet pun kau ikut dan apa jenis senaman pun yang kau buat, kau tak akan berjaya kalau kau tak konsisten dan berterusan.
Untuk berjaya dalam fitness kau perlu konsisten dalam jangka masa yang panjang, dan untuk jadi konsisten, kau perlu menjadikan senaman dan permakanan sihat sebagai habit baru kau.
Benda ni boleh digunakan untuk pacu kejayaan kau
Pernah tak benda yang hampir sama seperti ini berlaku kat kau?
Setiap hari bila tamat waktu kerja, kau akan thumb print, start engine motor, balik rumah, sampai rumah buka baju kemudian bersandar di sofa selama 15 minit. Setiap hari kehidupan kau macam ni dari isnin sampai sabtu.
Satu hari kau rancang nak goreng telur bila sampai rumah. Tapi lepas sampai je di rumah, kau buka baju dan bersandar di sofa. Kau pun tepuk dahi “Laa, malas betul nak goreng telur”
Ini adalah disebabkan oleh habit kau lepas sampai rumah terus bersandar dulu. Bila sesuatu perbuatan yang sama itu …